Anggurku Sudah Berbuah
Alhamdulillah anggur yang aku tanam di tepi
rumah sudah pun mula berbuah. Umur pokok anggur tersebut
lebih kurang dua tahun. Aku tanam di dalam pasu, tetapi
di bahagian bawah pasu tu aku buat lubang supaya bila pokok
anggur tu membesar nanti akarnya boleh menjunam ke dalam
bumi. Ini adalah atas nasihat mak cik di Sungai Petani yang
berita anggurnya pernah tersiar di akhbar dan majalah-majalah
suatu masa dahulu. Kata beliau kalau di tanam dalam pasu
yang kecil pokok anggur tersebut sampai satu tahap tak mahu
membesar. Salah satu pokok anggur yang aku tanam adalah
dari benih pokok yang aku beli dari beliau. Berasal dari
Bosnia. Pokok anggur ni aku tanam di bawah bumbung polycarbonat
berwarna kebiru-biruan...mungkin cahaya kurang mencukupi.
Mungkin lebih elok kalau berwarna putih cerah supaya cahaya
matahari lebih banyak masuk
Dulu masa mula tanam anak-anak dan isteriku
selalu sindir-sindir seolah-olah ideaku ni hanya membazir
masa sahaja. Tapi sekarang ni aku nak cantas pokok anggur
tu pun kalau boleh mereka tak benarkan. Sebenarnya aku cantas
tu pun ada tujuan. Kita perlu cantas dahan-dahan dan buang
daun-daun pada masa tertentu. Buah anggur biasanya hidup
di negara yang mempunyai beberapa musim. Kita boleh pergi
ke internet dan semak bulan apa yang sesuai untuk mencatas
dan membuang daun-daun yang lama. Baru ni aku cantas dalam
awal bulan Julai dan sekarang sudah mula tumbuh tunas baru
bersama-sama putik buah yang baru. Malah pokok ni dah menjalar
hingga ke tingkap tingkat atas. Bukan sahaja berbuah tetapi
meredupkan ruang rehat di atas.
Sebenarnya anggur boleh hidup dan berbuah
di negara ini, jika dijaga betul-betul. Aku telah melihat
beberapa ladang anggur di negara ini seperti di Sik Kedah.
Pokok-pokok ini di tanam di bawah bumbung plastik yang lutsinar
dan biasanya berwarna putih. Pokok anggur tahan dengan cuaca
panas, malah sewaktu musim panas pertumbuhannya lebih cepat.
Namun dari pemerhatian aku, pokok anggur tidak tahan dengan
cuaca hujan yang sangat lebat. Selepas hujan lebat dan kurang
panas daunnya akan mudah dijankiti kulat. Sebab itulah kalau
boleh bina bumbung plastik. Aku gunakan baja penggalak pertumbuhan
dan selepas satu tahun setengah guna baja penggalak buah.
.jpg)
Selepas dicantas dahan
anggur akan mengeluarkan tunas bersama dengan putik
.jpg)
Tunas-tunas yang baru
tumbuh daripada dahan yang dicantas
.jpg)
Anggur yang belum masak
.jpg)
Pokok anggur di tepi
rumah
.jpg)
Pokok anggur di tingkat
atas baru dicantas....
.jpg)
Anggur yang hampir masak
.jpg)
Anggur yang hampir masak
.jpg)
Antara anggur yang sudah
masak. alhamdulillah manis tapi ada biji.....KLIK
Album
Kembali
Ke Ruangan Catatan